Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selullar.
4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular
1 ~ Kerosakkan DNA - setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" [kesilapan dari yang asal] yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selullar DNA
2 ~ Pengawalan Genetik - Pengawalan Genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Di dalam satu penemuan ramuan Vivix, mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selullar
3 ~ Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel - penjana tenaga di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan penjana tenaga menurun kefungsiannya, sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan baru penjana tenaga untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4 ~ Penimbunan Protin AGE - Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resverastrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk ,melambatkan pembentukan protin AGE.
Ramuan-ramuan semulajadi yang terdapat di dalam Vivix:
Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom yang mana ahli sains pecaya ia dapat mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid alergik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser.
*anti-viral, antioxcidant, anti-aging, anti-cancer, khas untuk pesakit jantung dan merendahkan paras gula
Purple Carrot
Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phyto kimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarine dan sesquiterpenes. Ia juga mempunyai anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggunjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti aktioksidan yang teramat tinggi. Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam carrot yang berwarna ungu-oren dan carrot ungu-kuning. Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyk di dalam semua jenis carrot
* detoks hati, antioxcidant, anti-cancer, khas untuk pesakit jantung juga anti-radang
Elderberry (Sambucus Nigra)
Satu daripada manfaat Eldeberry adalah keberkesanannya mengubati simptom flu, terutama sekali Influenza B. Berry mengandungi flvanoids, yang mempunyai siri antioksidan yang kuat, oleh itu ia dapat mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama, Elderberry adalahsangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberry.
Polygonum Cuspidatum
Ia merupakan tumbuhan parenial yang besar, berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ia juga merupakan sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah. Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ahli sains telah banyak melakukan kajian terhadap haiwan an hasil daripada kajian tersebut menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahakn tahap tekanan darah dan mampu mengurangkan berat badan
* anti-despresi, anti-cancer, stabilkan tekanan darah, rendahkan kolestrol, perlahankan proses penuaan serta dapat menambahkan tenaga.
~sumber: buku panduan nutrisi shaklee~
MAMA NIA: 010-2828101
SID: 1114482
No comments:
Post a Comment